PILIHAN HAMPER JIMAT BAWAH RM30

Posted

Majlis tak lama je lagi, nak kena cari hamper untuk hadiah pula. Tapi bajet pula

RM 30.00 je bagi satu hamper. Mana nak cari hamper dengan bajet macam tu?

Mesti anda ada masalah sebegitu bukan?, Sebenarnya ada je hamper yang harga dia bawah RM 30.00 Cuma anda sahaja yang tak tahu. Bagi yang mungkin masih pening mahu mencari hamper di bawah bajet Rm 30.00, di sini admin kongsikan dengan anda pilihan hamper jimat Bawah RM 30.00.

1-HAMPER COKLAT

Majoriti rakyat Malaysia meminati coklat tanpa mengenal usia dan jantina. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat banyak penjual hamper mejadikan ia sebagai hamper. Selain dari harga yang murah salah satu faktor yang menjadikan ia sesuai untuk dijadikan sebagai hamper adalah kerana pembungkusan dia yang menarik dan harga yang murah.

2-HAMPER MINUMAN

Hamper minuman mungkin juga boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan hamper bajet. Kebiasanya ia datang dalam pelbagai jenis minuman sama ada minuman bergas ataupun minuman kotak.

3-HAMPER MAKANAN RINGAN

Hamper makanan ringan juga adalah salah satu hamper bajet yang mendapat sambutan hangat oleh mereka diluar sana. Ia amat sesuai untuk diberikan untuk majlis hari jadi atau hadiah cabutan bertuah. Makanan ringan juga menjadi salah satu makanan yang digemari rakyat Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah jika hamper sebegini mendapat sambutan hangat ibarat goreng pisang panas.

4-HAMPER KUIH TRADISIONAL

Biar betul admin hamper kuih tradisional bawah RM 30.00 bukan Kuih tradisional ni mahal ke?

Sebenarnya ada juga hamper kuih tradisional yang berharga RM 30.00 tetapi dalam saiz yang kecil. Hamper sesuai untuk diberikan kepada tetamu vip/vvip bagi majlis perayaan. Jadi bagi mempunyai bajet yang agak terhad anda juga boleh memilih hamper kuih tradisional untuk diberikan kepada tetamu penting anda.

5- HAMPER BISKUT

Hamper biskut juga boleh menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai bajet sebegini. Kebiasaannya biskut yang menjadi pilihan ialah biskut dalam tin. Ia juga datang dalam pelbagai pilihan biskut. Ia amat berbaloi jika dijadikan sebagai kerana semua orang menggemari biskut. Lagi-lagi mereka yang ingin menjaga permakanan mereka. Justeru itu tidak hairanlah jika ada yang menjadikan biskut sebagai hamper untuk majlis.

6-HAMPER KEK

Mungkin ada di antara anda yang mahu mencari kelainan, apa kata jika anda memilih hamper kek. Kek juga sebenarnya sesuai untuk dijadikan sebagai hamper. Mungkin ada di antara anda menyangkakan hamper kek ini mahal, tetapi ada juga jenis kek bajet yang seuai untuk dijadikan sebagai hamper contohnya seperti kek gulung. Hamper sebegini amat sesuai untuk diberikan kepada tetamu penting majlis anda.

Macam mana? Banyak bukan hamper yang bajet bawah RM 30.00. Jadi anda sudah tidak perlu pening kepala lagi untuk mencari hamper bajet sebegini. Sebenarnya ramai penjual hamper yang menjual hamper dalam lingkungan harga RM 30.00 malah ada yang lagi murah, Cuma kita kena pandai cari penjual yang menawarkan harga sebegini.

×
×