7 JENIS HAMPER YANG MENJADI PILIHAN RAMAI

Posted

Aduh peninglah nak pilih hamper yang mana sesuai untuk majlis. Nak buat sendiri tak tahu pula nak letak apa dalamnya. Kalau buat sendiri takut tak kena dengan tema pula.

Hamper sememangnya menjadi pilihan orang ramai untuk diberikan sebagai hadiah untuk sebarang majlis. Selain dari harga yang murah hamper juga datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia juga mempunyai pelbagai jenis dan mudah didapati di kedai-kedai hadiah ataupun pasaraya-pasaraya.

Bagi anda yang pening kepala nak cari hamper yang menjadi pilihan ramai. Jangan risau, biar admin kongsikan dengan anda 7 jenis hamper yang menjadi pilihan ramai.

1-HAMPER COKLAT

Hamper yang pertama ini sememangnya menjadi pilihan ramai malahan ia seperti goreng pisang panas. Mana tidaknya, ramai mereka diluar sana memilih untuk menjadikan coklat sebagai salah satu hamper yang menarik. Hal ini kerana, coklat amat mudah didapati, dan ianya nampak cantik jika dijadikan sebagai hamper. Bukan itu sahaja, coklat adalah sesuatu yang amat berbaloi jika dijadikan hamper, mana tidaknya boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia memminati coklat tanpa mengenal usia. Jadi jika anda memilih coklat untuk dijadikan hamper, admin yakin tetamu anda pasti gembira.

2- MAKANAN RINGAN

Makanan ringan juga merupakan salah satu hamper cukup digemari ramai. Ini kerana, makanan ringan merupakan makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Makanan ringan amat mudah didapati serta amat cantik jika dihias dengan pelbagai dekorasi. Selain itu, hamper makanan ringan juga mudah didapati dengan pelbagai saiz dan harga pun murah. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat kebanyakkan majlis seperti cabutan bertuah dan majlis hari jadi mereka menjadikan hamper sebagai salah satu hadiah untuk diberikan kepada pemenang atau tetamu.

3- MAKANAN TRADISIONAL

Sebenarnya, hamper ni kita perlulah sediakan mengikut tema sesuatu majlis itu dan tujuan untuk memberi hamper tersebut. Jika majlis itu tema dia mengenai perayaan takkan nak bagi pada tetamu vip/vvip hamper makanan ringan pula? Nampak tidak sesuai bukan. Jadi admin cadangkan anda beri hamper makanan traditional. Sebagai contoh, kalau melayu terkenal dengan sambutan hari rayanya jadi apa kata kalau anda berikan sahaja hamper kuih raya kepada tetamu vip/vvip anda. Selain itu, Hamper ini juga amat sesuai untuk anda berikan kepada tetamu penting yang datang ke majlis rumah terbuka. Setiap perayaan pasti mempunyai makanan tradisional dia tersendiri, jadi pemilihan hamper makanan tradisional adalah amat tepat. Bukan itu sahaja, kebiasaanya bila tipa musim perayaan kebanyakkan pasaraya besar akan mula menjual hamper makanan tradisional dan ia sememangnya menjadi pilihan orang ramai.

4- DRIED FRUIT

Bagi yang mahukan kelainan, apa kata jika anda pilih hamper dried fruit kepada tetamu anda. Hamper sebegini sebenarnya amat sesuai untuk majlis-majlis formal atau majlis koporat. Mana tidaknya, tetamu vvip yang datang itu pula merupakan orang penting syarikat jadi sudah tentu nak beri sesuatu yang amat istimewa. Tetamu vip/vvip anda pasti amat gembira jika mereka dapat cenderamata sebegini.

5-BUAH

Bagi yang mahu mencari kelainan anda juga boleh memberi hamper buah untuk tetamu vip/vvip. Selain itu juga ia amat sesuai digunakan jika anda menghadiri majlis-majlis perkahwinan yang mana hamper sebegini dapat diberikan oleh tuan rumah. Ramai yang memilih untuk memeberi buah adalah kerana buah merupakan antara makanan yang sentiasa dimakan oleh kita semua.

6-PRODUK KECANTIKAN

Selain dari makanan, produk kecantikan juga turut dijadikan sebagai hamper. Kebiasaannya hamper jenis ini disediakan untuk majlis-majlis tertentu sahaja. Dimana, hamper sebegini dijadikan sebagai hadiah utama ntuk sesuatu pertandingan. Bukan itu sahaja, ia turut dijadikan sebagai cenderamata yang amat teristimewa buat tetamu. Biasanya hamper produk kecantikan adalah mahal jadi ia hanya diberikan untuk majlis serta individu tertentu sahaja. Akan tetapi jika anda mempunyai bajet yang lebih ia juga boleh diberikan kepada pengantin pada majlis kahwin. Jika tetamu vip/vvip anda itu wanita admin yakin pasti dia melonjak gembira jika dapat hamper ini. Ialah mana tidaknya produk kecantikan merupakan produk yang amat digemari oleh kaum wanita.

7-HAMPER BISKUT

Hamper biskut juga tidak kurang hebatnya, ia menjadi salah satu hamper yang digemari ramai. Kebiasaanya hamper ini didatangkan dengan pelabagai jenis biskut yang anda boleh pilih. Selain itu, ia nampak cukup menarik jika dijadikan sebagai sebuah hamper.

Macam mana? banyak bukan hamper yang menjadi pilihan ramai. Jadi anda sudah tidak perlu hendak pening-pening kepala lagi. Kebanyakkan hamper ini juga amat mudah didapati di pasaraya atau pun di kedai-kedai cenderamata seperti Ezdoorgift.

×
×