7 JENIS HAMPER YANG BOLEH ANDA HADIAHKAN

Posted

Anda bosan dengan hamper yang berisi makanan ringan semata-mata? Mahukan sesuatu yang lebih menarik tetapi ketandusan idea? Jangan bimbang, kami boleh bantu anda untuk mendapatkan idea-idea yang menarik. Nak Tahu? Baca artikel ini hingga habis.

7 Jenis Hamper yang boleh anda berikan kepada kawan-kawan, saudara mara dan jiran tetangga.

1. Coklat

Hamper berisi coklat amat sesuai diberikan kepada seseorang yang gemar makanan manis. Untuk kelainan, anda boleh meletakkan pelbagai jenis coklat daripada harga yang murah hingga kepada harga yang mahal.

2. Makanan/Minuman Ringan

Mungkin sudah ramai yang sudah terbiasa dengan hamper berisi makanan dan minuman ringan. Namun, ia bukanlah sesuatu yang tidak menarik jika anda teruskan untuk memenuhkan hamper anda dengan makanan dan minuman ringan.

3. Makanan Tradisional

Kuih-kuih tradisional seperti bahulu dan bangkit semakin dilupakan oleh generasi muda pada masa kini. Untuk mengembalikan kembali nostalgia tradisional, anda boleh meletakkan kuih-kuih tradisonal ini di dalam hamper anda.

4. Makanan Sunnah

Makanan sunnah sangat baik untuk kesihatan dan berkualiti segar. Selain daripada buah-buahan kering, anda juga boleh meletakkan kekacang, kurma, air zam-zam, pati delima dan sebagainya. Hamper sebegini sesuai diberikan ketika ingin menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

5. Produk Mandian

Sekiranya anda punya bajet kewangan yang lebih, anda boleh mencuba untuk menata rias hamper yang dipenuhi dengan produk mandian. Selitkan juga jubah mandi yang berwarna lembut. Pasti hamper anda amat menyenagkan di mata penerimanya.

6. Hadiah Barangan Bayi

Bayi yang baru dilahirkan adalah kegembiraan buat ibu bapanya. Anda boleh menghadiahkan barangan-barangan bayi kepada pasangan yang menerima kelahiran bayi baru mereka. Pastikan barangan-barangan seperti baju dan sebagainya adalah unisex supaya dapat digunakan oleh bayi lelaki mahupun perempuan.

7. Hamper Hadiah Kekal

Barangan dalam hamper ini adalah berupa set pinggan dan mangkuk yang berjenama. Set sudu dan garpu, barangan-barangan pewter ataupun set gelas dan cawan. Meskipun hamper ini nampak korporat dan ekslusif, namun nilai sentimentalnya sangat tinggi untuk diingati.

×
×