null

7 IDEA CENDERAMATA UNTUK VVIP

Posted

Haihh 2020 dah datang ni. Sudah menjadi kebiasaan sama ada syarikat-syarikat koporat untuk mengadakan pelbagai majlis. Tidak terkecuali juga dengan kenduri kendara yang turut diadakan dengan cukup meriah.

Tetapi anda yang bakal mengadakan majlis pasti pening kepala bukan?.

Ialah mana tidaknya cenderamata untuk tetamu dah ada tapi cenderamata untuk VVIP lak tak ada.

Takkan nak bagi cenderamata sama dengan tetamu lain?

Apa pula cenderamata yang sesuai untuk vvip?

Admin yakin masalah sebegini sering kali memeningkan kepala anda. Ialah mana tidaknya tetamu vvip yang nak datang tu pula merupakan mereka yang berpangkat besar. Takkan nak bagi cenderamata biasa-biasa pula?

Dah tak perlu nak pening-pening, admin nak kongsikan dengan anda 7 idea cenderamata untuk vvip.

1-HAMPER

Bagi mereka yang pening-pening untuk menyediakan cenderamata untuk vvip, hamper adalah idea yang terbaik buat anda. Ia amat mudah didapati di mana-mana. tetapi hamper yang macam mana yang sesuai?

Hamper yang admin maksudkan ini bukanlah hamper yang dalam dia ada makanan ringan tetapi hamper untuk vvip perlulah sesuatu yang lain dari makanan sebagai contoh, mungkin anda boleh berikan set mandian, set penjagaan muka, set kesihatan diri atau bermacam lagi. Hamper sebegini sebenarnya mudah didapati di pasar raya besar, ataupun mungkin anda boleh buat je hamper tersebut dengan sendiri.

2-PLAQUE

Cenderamata yang kedua ini seringkali digunakan dalam majlis-majlis formal. Plague kebiasaanya diberikan oleh syarikat-syarikat kepada tetamu vvip semagai satu tanda kenang-kenangan. Ia bukan sahaja Nampak cantik, malah Nampak lebih professional. Plague diberikan adalah sebagai tanda terima kasih kerana kesudian tetamu vvip terbabit hadir ke majlis tersebut.

3-SIJIL PENGHARGAAN

Tapi admin dua hadiah di atas macam mahal je, macam mana pula buat mereka yang kurang bajet?

Jangan risau admin hendak kongsikan dengan anda satu lagi cenderamata yang tidak memerlukan bajet yang besar seperti di atas. Ia adalah sijil penghargaan. Selain dari plague sijil penghargaan juga banyak digunakan untuk majlis-majlis rasmi sama ada syarikat atau sekolah. Ini kerana, ia amat murah dan mudah untuk anda buat, tak perlu pening-pening nak fikirkan apa yang perlu diletakkan. Apa yang hanya anda perlu lakukan adalah pergi sahaja ke kedai pencetakan dan tempah mengikut yang anda mahukan.

4-MUG

Satu lagi cenderamata yang mendapat pilihan adalah mug. Mug sememangnya amat popular untuk dijadikan sebagai cenderamata, mana tidaknya mug bukan sahaja mempunyai pelbagai warna yang menarik serta cantic, mug juga sesuai dijadikan sebagai promosi syarikat-syarikat besar untuk diberikan kepada klien atau vvip.

5-PAYUNG

Mungkin ada antara anda mahu mencari cenderamata yang nampak eksklusif dan premium, admin mencadangkan anda beri payung. Salah satu sebab kenapa admin pilih paying adalah kerana payung sememangnya akan digunakan oleh tetamu vvip. Kebiasaanya, kebanyakan syarikat akan menempah payung yang dibuat khas dimana mempunyai logo syarikat serta warna tema syarikat.

6-METAL PEN SET

Bagi mereka yang mempunyai bajet yang lebih dan mahu mencari cenderamata yang mewah admin candangkan anda pilih metal pen set. Metal pen set mempunyai pelbagai pilihan dan warna. Metal pen ini di datangkan dalam set 3 dalam 1 atau 2 dalam 1, dimana dalamnya mempunyai pen atau laser ataupun Pendrive.

7-FOOD CONTAINER

Bagi mereka yang mahu mencari kelainan, apa kata jika anda berikan kepada tetamu vvip anda cenderamata food container. Ia didatangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Jadi anda boleh pilih mengikut bajet anda, kalau besar saiznya besarlah bajet, kalau kecil siznya maka kecillah bajetnya, Ia sememangnya merupakan cenderamata yang amat berbaloi kerana sudah semestinya tetamu vvip anda akan menggunakan food container di mana-mana sahaja. Justeru itu, tidak hairanlah jika ada syarikat koporat yang sanggup keluar bajet yang besar untuk cenderamata vvip ini kerana ia sememangnya amat berbaloi.

×
×