null

7 IDEA CENDERAMATA UNTUK TETAMU VIP

Posted

Persiapan dalam melangsungkan majlis yang melibatkan jemputan kenamaan VIP, menjadikan kita pening kepala dan mengambil masa yang lama untuk memilih cenderamata yang bersesuaian. Pastinya, pemilihan cenderamata tersebut perlulah cantik dan bersesuaian dengan majlis yang dilangsungkan.

Anda di luar sana masih tercari-cari cenderamata untuk diberikan kepada tetamu VIP? Jangan bimbang, dalam perkongsian artikel kali ini kami senaraikan 7 idea cenderamata istimewa yang boleh diberikan kepada tetamu VIP anda mengikut kepada kesesuaian majlis.

1. Hamper

Kebiasaannya, cenderamata berupa hamper amat sesuai diberikan dalam majlis perasmian mahupun sambutan perayaan. Terdapat pelbagai jenis hamper yang boleh dijadikan cenderamata. Antaranya ialah hamper berisi bunga-bungaan, buah-buahan, coklat, makanan sunnah juga barangan mandian.

2. Goodies Bag

Untuk majlis-majlis perkahwinan, anda boleh mempelbagaikan pemberian goodies bag anda dengan booklet Yassin ataupun Ma’thurat, sejadah mini dan tasbih. Cenderamata begini bukan sahaja memberikan nilai sentimental malah ianya juga memberikan saham akhirat kepada anda juga tetamu VIP.

3. Coklat

Pemberian coklat mahal yang dihiasi dengan balutan atau box ekslusif pasti lebih menonjolkan kemewahan cenderamata VIP anda.

4. Set Manicure

Pemberian cenderamata sebegini pasti memberikan rasa keterujaan kepada tetamu. Ini kerana cenderamata ini sangat praktikal untuk digunakan dan sukar untuk dibuang selepas selesainya majlis. Barang-barang dalam set manicure ini termasuklah gunting kuku, alat pembersihan telinga dan kuku fail. Bagi majlis yang berlangsung dalam sesebuah syarikat, anda boleh mencetak logo syarikat pada permukaan set manicure ini. Dengan begitu, secara tidak langsung anda dapat memperkenalkan nama syarikat kepada lebih ramai orang.

5. Tin Bulat

Apakah yang boleh anda gunakan dengan tin bulat ini supaya ianya menjadi cenderamata ekslusif? Tin bulat ini boleh diisi dengan tuala kecil yang telah siap bercetak tema majlis anda. Hiaskan tin bulat dengan ribbon dan juga bunga-bunga kecil untuk menaikkan kemewahan cenderamata VIP.

6. Food Container

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, tidak salah jika anda menjadikan food container sebagai cenderamata kepada tetamu vip anda. Untuk cenderamata sebegini biasanya boleh digunakan oleh syarikat-syarikat korporat. Adanya cenderamata ini ianya boleh digunapakai semula dan bukan sekadar perhiasan semata.

7. Beg Serbaguna

Cenderamata berupa bag serbaguna ini sangat bermanfaat untuk dipilih sebagai cenderamata. Ini kerana, ianya boleh diisi dengan pelbagai jenis barang. Malah saiznya yang kecil, memudahkan ianya dibawa kemana-mana sahaja.7

×
×